Find best premium and Free Joomla templates at GetJoomlaTemplatesFree.com

Who's Online

We have 1 guest online

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini42
mod_vvisit_counterMinggu Ini1125
mod_vvisit_counterBulan Ini5435
mod_vvisit_counterKeseluruhan69083

Your IP: 10.19.189.99
Pelancaran Dan Perasmian 5S
Written by administrator   
Tuesday, 21 February 2012 11:12
There are no translations available.

5

IKBN Kuala Perlis, 16 Feb 2012 Satu program Perlancaran dan Perasmian Amalan 5S telah diadakan di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Program yang telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis iaitu En. Izahar Bin Ibrahim itu adalah simbolik kepada persediaan menghadapi penilaian bagi pengiktirafan Amalan Persijilan 5S disamping memperkenalkan logo dan slogan 5S bagi IKBN Kuala Perlis. Logo dan slogan 5S tersebut telah dipilih berdasarkan keputusan pertandingan mencipta logo dan slogan yang dianjurkan oleh Unit Promosi IKBN Kuala Perlis. Pertandingan yang disertai 20 orang peserta itu telah dimenangi oleh En. Wan Aziz Bin Wan Jaya dari Unit Bina Insan. Penyerahan banting dan lencana juga diberikan kepada setiap Ketua Zon yang telah dibahagikan kepada 10 zon-zon utama IKBN Kuala Perlis. Selesai saja majlis perlancaran tersebut seluruh warga IKBN Kuala Perlis telah bersama-sama melakukan aktiviti gotong royong bagi merealisasikan ke arah Persijilan 5S. Aktiviti gotong royong berlansung selama dua hari berturut-turut iaitu 16 dan 17 Feb 2012.

Last Updated on Tuesday, 21 February 2012 11:31
 
Tahniah
Written by administrator   
Tuesday, 21 February 2012 11:17
There are no translations available.

 

tahap 41

Tahniah diucapkan kepada 12 orang tenaga pengajar IKBN Kuala Perlis dari bidang Automotif yang telan membentangkan projek tahap 4 didalam bidang Eksekutif Automotif dengan jayanya.  Pembentangan ini telah diadakan pada 15 & 16 Feb 2012 bertempat di IKBN Kuala Perlis.  Pembentangan ini dinilai oleh En. Osman Bin Yusof selaku Pegawai Penilai, Tuan Haji Mohamed Ismail Bin Mohamed Ghouse selaku Pegawai Pegesah Luaran dan Puan Hamidah Binti Ahamad Rashidi selaku panel penilai pembentangan pegawai pemantau JPK.

IKBN Kuala Perlis mengucapkan syabas  kepada semua peserta kerana sentiasa mempunyai inisiatif dan komitmen yang tinggi untuk mempertingkatkan kepakaran didalam bidang kemahiran dan berharap dapat meneruskan lagi komitmen ini untuk meningkatkan kepakaran ketahap yang lebih tinggi sesuai dengan konsep pembelajaran berterusan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti tenaga pengajar IKBN Kuala Perlis.

Last Updated on Tuesday, 21 February 2012 22:07
 
Maklumat Terkini
Written by admin   
There are no translations available.


alt Pertandingan MYSKILL 2012

myskill

Untuk makluman semua seramai 4 orang kakitangan IKBN Kuala Perlis yang terdiri daripada pengajar dari sekolah awam telah menyertai pertandingan Myskills 2012 Peringkat Saringan yang diadakan di CIAST Shah Alam pada 15 Februari 2012. Sehubungan itu pihak IKBN Kuala Perlis mendoakan kejayaan semua wakil dari IKBN Kuala Perlis untuk layak ke peringkat seterusnya.

Berikut nama pegawai dan bidang yang disertai iaitu –Bidang Wall & Floor Tiling

1. En. Abdul Ghafar B. Samsu

2. En. Badrol Hisham B. Zainordin

3. En. Djohan Bin Halim

4. En. Nordin Bin Mohamad Yusof

  

alt Kempen Amalan Hidup Sihat

Amalam Hidup Sihat

IKBN Kuala Perlis meneruskan kempen "Amalan Hidup Sihat" dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan tahunan.  Dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kangar, semua kakitangan IKBN Kuala Perlis akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah mencegah dari sebarang masalah kesihatan.

 alt Setiap zon di IKBN Kuala Perlis perlu memberikan penumpuan bagi melaksanakan 5S minima 30 minit setiap hari

 

 

 

 

 

 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 1 of 10

AKTIVITI SEMASA

PEDAGOGI

Empat orang tenaga pengajar IKBN Kuala Perlis akan menghadiri kursus Pedagogy yang akan diadakan di CIAST bermula 27 Feb 2012 sehingga 25 Mei 2012. Tenaga Pengajar yang terlibat ialah 1. Ahmad Anuar (PCA, 2. Muhammad Ezzudin (MKM) 3. Muhammad Hisyamuddin (MKM), 4. Agus Bin Ismail (MJB)




Kursus BST

Program Basit Safety Training (BST) akan diadakan bermula 22- 24 Feb 2012 bertempat di Sekolah Kejuruteraan Maritim IKBNKP. Seramai 27 orang pelajar akan menyertai program ini. Tujuan program ini adalah bagi membuka peluang dan prospek kerjaya yang lebih luas di dalam bidang perkapalan.




PENDAFTARAN PELAJAR

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1/2012 Bagi Tahap 1, 2 Dan 3 Hendaklah Didftarkan Menggunakan Sistem Eskm. Semua Ketua Jurusan Diminta Mendaftar Pelajar Jurusan Masing-Masing.

Link




Persijilan 5S

Warga IKBN Kuala Perlis berganding bahu ke arah persijilan 5S




Hadith Hari Ini

Hadith: Dari Abdullah bin ˜Amr bin ˜Ash, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya. Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.

Huraian


www.ikbnkp.gov.my

Pilihan Bahasa

Pautan Agensi

 

IPPM Portal ISN
BELIA MSN IYC
RAKAN MUDA KSN
MPBN
KBS
MAMPU
BPA
Ekl
BPH
HRMIS
JKJR
IIM
MSC
PEMUDAH